Khasiat Madu Kelulut Yang Ramai Tak tahu


Madu mempunyai bermacam warna serta rasa, dari hitam hinggalah kejernihan, dari manis sehinggalah masam. Walaupun begitu, ianya tetap mengandungi 1001 khasiat yang tersembunyi di dalam cairan yang dipanggil madu itu. Bila sebut madu lebah, pasti semua orang kenal. Tapi bila sebut pasal madu kelulut, mungkin ada diantara kita tak tahu apa itu kelulut.
Kelulut juga merupakan lebah, dimana ianya tidak mempunyai sengat. Pada masa yang sama ia juga turut menghasilkan madu seperti lebah madu. Menurut kajian yang dilakukan oleh agensi kerajaan seperti MARDI, madu kelulut mempunyai khasiat yang lebih banyak jika dibandingan dengan madu lebah seperti lebah tualang. Di dalam Al-Quran juga ada menyebut bahawa madu boleh dijadikan penawar dan berbagai penyakit bagi manusia. Anda boleh merujuk Surah Al-Nahl ayat 68 hingga 69.

Untuk kita yang sihat ini, kita boleh mengamalkan madu kelulut sebagai
  • Menambah tenaga untuk mereka yang aktif sepanjang hari
  • Memperkuatkan sistem pertahanan tubuh
  • Melambatkan proses penuaan
  • Menambah tenaga batin
  • Meningkatkan kesuburan
  • Membantu organ seperti jantung, buah pinggang dan hati berfungsi dengan baik
  • Mengawal berat badan
  • Turut mengandungi zat mineral dan vitamin yang diperlukan tubuh
  • Melancarkan pengaliran darah
Bukan setakat itu saja, banyak lagi khasiat lain dalam madu kelulut. Dibawah merupakan penyakit yang dikatakan boleh dirawat dengan mengamalkan madu kelulut
  • Penyakit kencing manis
  • Mengawal kandungan gula dalam darah
  • Masalah haid tidak teratur
  • Batuk
  • Demam
  • Sakit perut
  • Mencegah ketumbuhan
  • Mencegah kanser
  • Merawat luka dalaman bagi wanita baru bersalin
  • Darah tinggi
Dan banyak lagi dengan izin Allah. Bagi saya sendiri paling berkesan bila digunakan untuk menyembuhkan luka dan ulser pada mulut. Kiranya seperti minyak gamat la juga. Bagi saya sendiri, saya pernah cuba mengunakan madu kelulut dari spesies T. Binghami, H. Itama dan T. Testaceitarsis. Hasilnya sama seperti mengunakan minyak gamat. Tapi jika dapat madu yang rasa masam tu, pedih sikit la bila sapu kat luka. Tapi pastikan yang asli, bukan madu kelulut yang campuran @ tiruan @ sintetik. Setakat luka tu memang berkesan. Namun yang lain-lain tu bergantung juga kepada sumber nektar yang diambil oleh kelulut tu sendiri. Sebagai contoh, kelulut ambil nektar dari pokok misai kucing, jadi khasiat yang terdapat pada madu tu sama seperti yang terdapat pada kandungan misai kucing tu sendiri.

Tapi jangan risau, kelulut ni bijak. Kalau tak bijak pasti takkan mereka boleh kenal mana satu sarang mereka. Kelulut ni mereka tak sapu semua bunga yang ada. Senang cerita cuma bunga-bunga dari tumbuhan terpilih saja mereka akan hinggap. Jikalau anda perasan, kelulut ni ambil nektar ataupun debunga daripada tumbuhan yang mengandungi khasiat tertentu. Bunga plastik, 101% mereka takkan layan. Bijak kan? Sebab tu kandungan dalam madu kelulut ni bermacam-macam khasiatnya. Rasa dan warna pun macam-macam.

Tak rugi pun sebenarnya beli madu kelulut mahal-mahal jika dibandingkan dengan kos rawatan. Mencegah lebih baik dari mengubati. Kalau boleh, setiap rumah bela satu log kelulut. Tak kisahlah samada spesies kecil ataupun besar. Yang kita mahukan cuma khasiat dalam madu tu.

 Kaedah minum madu kelulut
  1. 1 sudu pagi dan satu sudu sebelum tidur. Kalau boleh guna sudu plastik yaaa.
  2. Kalau masam sangat tu, anda boleh campur 1 @ 2 sudu kat air suam kemudian minum
  3. Boleh juga campur dengan perahan air limau.
 Kalau dapat madu yang kira masam tu, biasa saya campur dengan air suam. Tapi sebelum minum tu, ingat niat minum madu tu untuk apa. Kalau nak wajah berseri kemudian nak orang puji lebih baik tak payah... Sekian.... 

Ulasan